Lambat

Adakah sebenarnya aku terlambat 2 tahun lepas? Aku lambat membalas jasa ibuku sendiri? Apakah sudah terlewat untuk aku menyesal? Atau mungkin semua ini sudah terlambat? Gunakanlah masa yang anda ada, sebelum anda tidak mampu lagi berbuat apa-apa. Tapi, sebenarnya dalam pelbagai situasi, kita juga takkan mampu untuk menyesal. Dalam keadaan terbaik, kita sendiri pun sudah cuba melakukan yang kita mampu. Segala kesilapan, atau kelambatan, itu masih lagi dalam daya kita sendiri. Apa kita mampu lakukan segalanya dengan sempurna? Kesempurnaan bukan satu persoalan yang paling penting di sini. Yang paling penting, apa yang kita rasa. Menyesal? Terperangkap dalam emosi tak berpenghujung? Apapun, kita sendiri yang tanggung.

Comments

Popular posts from this blog

Mula

Prologue

Relationship