Posts

Showing posts from December, 2022

Sesal

Kita punya peluang dan waktu. Cuma kita tidak mahu membuat pilihan yang betul pada waktu tersebut. Apabila tiba masanya, mungkin kita akan terlambat untuk ada peluang yang sama. Mungkin penyesalan tidak berguna lagi. Tapi, kembali kepada titik asal, adakah kita akan mengubah keputusan kita? Kalau tidak, apakah perlu penyesalan tersebut? Atau penyesalan ini cuma satu alasan untuk kita tidak disalahkan atas keputusan yang dibuat, atau tidak dibuat? Akhirnya, ini cuma satu persoalan yang tidak akan habis. Berhenti sejenak, renung kembali kesalahan diri sendiri, jangan asyik melihat kesalahan orang lain. Tapi, apapun, selagi ada masa, penyesalan itu masih boleh ditebus, kan? Dengan sebuah kemaafan, mungkin.

Akibat

Sedarlah, apa sahaja yang anda buat ini akan ada akibatnya. Samada baik atau buruk, pasti ada yang akan berlaku. Memang pilihan di tangan kita, tetapi, selalunya pilihan ini akan dipengaruhi dengan apa yang kita ada pada masa pilihan dibuat. Mungkin pengaruh rakan, atau kekurangan sumber, atau kurangnya ilmu (dan juga pengalaman). Kalau dikira dari sudut subjek ini, Aplikasi Komputer, akibat ini datangnya dari apa yang anda lakukan dari awal. Memang budaya kita “last minute”, tapi kalau setiap minggu, blog asyik terlambat, banyak markah hilang, kena faham kesan dan akibat. Atau mungkin, ruang sudah diberi, boleh tanya, boleh minta tunjuk ajar, tapi kalau macam tidak perlu, jangan ditanya bila sudah terlambat nanti, “kenapa begini jadinya?”.

Panik

Panik ini kebanyakan masanya tidak berapa bagus. Ia membuatkan kita tidak mampu memberi hasil yang terbaik, pada satu-satu masa. Adakalanya panik ini perlu, untuk membuatkan kita tahu betapa pentingnya situasi yang kita hadapi. Tapi, apapun, untuk kes panik pada 04 Disember lepas, sebahagian daripadanya mungkin berpunca dari aku sendiri. Bak kata orang, pelajar adalah cerminan seorang guru. Mungkin anda panik kerana aku tidak mengajar semua orang dengan cukup. Mungkin anda panik kerana aku tidak bersungguh-sungguh memberi pesanan untuk membuat persediaan yang lebih baik. Mungkin anda panik kerana aku tidak mampu memberi motivasi yang bersesuaian untuk anda semua terus yakin menghadapi Lab Test 1. Tiada kesimpulan yang dapat diberi, cuma satu, Tema minggu ini adalah Akibat. Selamat Bercuti.